Bila aku nak jadi baik,
Korang kata dunia terbalik,
Bila aku ubah diri aku sikit,
Mulalah mulut berbicara pahit.
Mengutuk orang siang dan malam,
Masing2 ayat, pergghh~ makan dalam!
Kata korang minda terbuka,
Kalau macam tu, Diam-diam suda!
Pernah aku dengar mereka mengata,
Tentang manusia bernama 'Rahsia',
Aku takde mase nk join jaga tepi kain,
Naseb koranglah ye, kubur kita lain-lain.
Korang tak tahan dengar ayat-ayat pedih,
Especially bila orang mengata korang, eyh-eyh~
Mulalah tu korang nak sedih,
Tula, aku malas nak cakap lebeyh--
Mengata dulang paku serpih,
Mengata orang, korang yang lebih!
Mak ajar jangan back-biting,
sebab boleh buat orang melenting,
tapi aku cakap kat mak, aku musykil,
tengok ramai mengata, dah macam satu skil!
Aku tak tahu apa korang tahu,
korang belagak macam dah kenal aku,
Apsal korang syiok sangat mengata aku,
Sedap sangat ke makan daging aku?
Aku bosan, aku da malas,
Orang tak bersalah pun korang nak libas.
Tapi aku hepi-lah jugak,
korang bagi pahala berlambak-lambak!
Sampai sini aku berpesan,
Nanti ada pulak yang terperasan,
Walau dalam list takde yang follow,
Tapi aku tahu...Dia tu follow.
Hahahaha~!
Wednesday, November 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




hahhah.. hanya jika mereka tahu siapa mereka..
ReplyDelete